Tarikh: 5 – 7 Februari 2025
Tempat: Hotel Concorde Shah Alam
Majlis Daerah Tapah telah mengadakan Kursus Juruaudit Audit Dalaman bagi ISO 9001:2015 dan tahun 2025. Kursus yang telah diadakan selama 3 hari bertempat di Hotel Concorde Shah Alam ini bertujuan untuk memantapkan peserta dengan kemahiran yang diperlukan bagi mengendalikan audit bagi skop ISO 9001:2015 dengan pendekatan yang berkesan semasa Audit Dalaman ISO 9001:2015 Tahun 2025.
Kursus ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh Encik Md Jaafar Md Jani dan seramai 20 orang peserta telah menghadiri kursus ini.