Memproses permohonan dan pinjaman perumahan ke Jabatan Perbendaharaan Malaysia dalam tempoh 21 hari dari tarikh permohonan diterima.
Mengeluarkan surat pengesahan perubatan (guarantee letter) dalam tempoh 20 minit.
Mengedar surat-surat yang diterima ke Jabatan-Jabatan dalam tempoh 1 hari.
Urusan Pencen yang bersara wajib diuruskan dalam tempoh tidak melebihi 3 bulan.
Mengedarkan aduan dalam tempoh 2 hari kepada jabatan-jabatan yang berkaitan.
Memastikan 95% daripada kakitangan menghadiri latihan selama 7 hari setahun.
Objektif
Menentukan pengurusan perkhidmatan dan pengurusan sumber manusia dilaksanakan dengan cemerlang dan berterusan menjadikan warga MDT insan yang bermaklumat, progresif, berintegriti, sejahtera serta bersatu-padu.
Fungsi
Mengendalikan segala urusan pengurusan sumber manusia
Menyelaras semua mesyuarat di peringkat Majlis.
Pengurusan aduan awam
Menyelaras program bagi acara-acara rasmi dan tidak rasmi.
Menguruskan pengurusan sewaan dewan, gelanggang dan peralatan Majlis.
Pengurusan Kakitangan
Pengurusan Rekod
Pengurusan Persaraan
Pengurusan Tatatertib
Pengurusan Kenaikan pangkat.
Pengurusan Perisytiharan Harta
Pengurusan Perjawatan
Pengurusan HRMIS
Pengurusan Latihan
Peranan dan Tanggungjawab
Proses pengambilan dan pelantikan warga kerja MDT
Menyelaras peperiksaan perkhidmatan penilaian kecekapan dan kursus induksi
Menyelaras proses tindakan tatatertib
Menyediakan senarai perjawatan tahunan dan anggaran perbelanjaan perjawatan kakitangan
Memproses persaraan kakitangan Majlis Daerah Tapah
Menyelaras aktiviti mesyuarat dalaman dan luaran serta maklumbalas mesyuarat
Menyelenggara kemudahan-kemudahan perkhidmatan kepda warga kerja berdasarkan peruntukan dalam perintah-perintah Am, Pekeliling Perkhidmatan, Pekeliling Perbandaran dan lain-lain keputusan serta surat pekeliling Kerajaan
Menyelaras maklumat-maklumat perkhidmatan dan pengurusan sistem rekod dalam pengurusan sumber manusia dan pentadbiran pejabat
Memastikan setiap warga kerja Majlis Daerah Tapah dapat memasukkan maklumat peribadi dalam sistem HRMIS
Mengambil tindakan disiplin kepada warga kerja yang melanggar Kaedah-Kaedah Pegawai (Majlis Daerah Tapah) (Kelakuan dan Tatatertib) 1988.
Memastikan warga kerja MDT mengisytiharkan harta masing-masing.
Menguruskan semua urusan penyewaan dewan, gelanggang dan peralatan Majlis.
Mengendalikan aduan-aduan awam untuk diedarkan ke Jabatan-jabatan yang berkenaan.
Perlukan bantuan kami? Sila dapatkan maklumat di sini