Bahasa Malaysia|
English
         Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman  
  CARIAN
  PERKHIDMATAN KAMI
  KALENDAR
04 September 2010
I S R K J S A
29 30 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 1 2 3
 
Lagi peristiwa bulan ini >>

 
 
 
Jawatan Kosong

SYARAT DAN KELAYAKAN UNTUK MENGISI JAWATAN KOSONG

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia dan keutamaan kepada rakyat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun untuk mengisi jawatan-jawatan berikut :

a.Jawatan : Penolong Pegawai Penilaian
 Gred : W27
 Kumpulan : Sokongan
 Jadual Gaji :
 P1T1 RM1209.09 - P1T26 RM3031.64
 P2T1 RM1278.67 - P2T26 RM3217.79
 P3T1 RM1351.27 - P3T26 RM3409.80

 

Syarat Lantikan:

i) Diploma dalam bidang Pengurusan Harta Benda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred W27: P1T6 RM1541.84]; dan

ii) lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

 

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Penilaian adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk KPSL ke jawatan Penolong Pegawai Penilaian Gred W27, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

i)mempunyai kelayakan di atas ; atau

ii) lulus Peperiksaan Khas; dan

iii) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

 

Deskripsi Tugas:

Memungut butir-butir mengenai jual beli harta, sewaan, hak milik tanah, mengira keluasan tanah, menganalisis butir-butir jual beli, mengawas dan melaksanakan urusan latihan dan pengurusan pentadbiran yang berkaitan.

Halaman: 1  2  3  4  5  6  

 
 
 
MAJLIS DAERAH TAPAH