Jurnal kandungan
Jurnal kandungan
Jurnal kandungan
Kalendar
Polls Display
Kementerian Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat telah berjaya melatih dan memajukan sejumlah 2,000 orang usahawan wanita sekali gus mencapai sasaran 2010. Adakah pencapaian ini memberangsangkan?
Jumlah Undian: 27
Jurnal kandungan
Prayer Times
Jum, 18 Mei 12
Perak - Tapah,Slim River dan Tanjung Malim
| Subuh |
5:40 AM |
| Syuruk |
7:02 AM |
| Zohor |
1:12 PM |
| Asar |
4:35 PM |
| Maghrib |
7:22 PM |
| Isyak |
8:35 PM |
|
Pengenalan Akta 672 Pada 19 September 2011, Majlis Menandatangani Perjanjian Konsesi Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam telah diadakan di Putrajaya. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Y.A.B Tan Sri Dato' Muhyiddin Bin Mohd Yasin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Peristiwa ini merupakan hari yang bersejarah bagi sistem pengurusan sisa yang lebih hijau dan berkesan. Melalui Perjanjian Konsesi ini, pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam akan diswastakan. Syarikat-syarikat yang akan bertanggungjawab bagi perkhidmatan ini ialah Alam Flora Sdn. Bhd., SWM Environment Sdn. Bhd., dan Alam Sekitar Idaman Sdn. Bhd. Kontrak ini akan sah selama 22 tahun, yang padanya, setiap syarikat-syarikat yang terlibat mesti memenuhi KPI yang ketat. Kegagalan untuk berbuat demikian akan menyebabkan denda yang berat. Sebagai tambahan kepada Akta 672, sistem pengumpulan 2+1 akan diperkenalkan dalam masa terdekat. Ini termasuk kutipan dapur dua kali seminggu, kutipan sisa pukal, ladang atau estet, selain juga kutipan barangan kitar semula sekali seminggu. Dengan wujudnya sistem sebegini, ia diharap akan dapat mengurangkan masalah pelupusan haram. Dengan peningkatan jumlah sisa yang dibuang oleh rakyat Malaysia saban hari, adalah diharapkan bahawa dengan pelaksanaan sistem baru ini, pengurusan sisa pepejal di Malaysia akan berada di bawah kawalan. Ini adalah untuk memastikan kehidupan yang bersih dan hijau untuk semua rakyat negara ini. Sila klik pada pautan berikut untuk maklumat selanjutnya:
|