MENU

UNIT UNDANG-UNDANG

OBJEKTIF UNIT

Meningkatkan kualiti dan produktiviti penyampaian perkhidmatan MDT melalui:-

  1. Pengurusan dan pentadbiran yang efisyen berteraskan teknologi maklumat terkini.
  2. Mengamalkan sikap profesionalisme semasa menjalankan tugas.
  3. Melahirkan masyarakat yang komited, berdisiplin, mengetahui, memahami, mematuhi dan menghormati undang-undang MDT dan keseluruhan undang-undang yang lain
  4. Berusaha memupuk kesedaran dan pendidikan ke atas orang ramai supaya bertanggungjawab terhadap semua aspek kehidupan di kawasan Majlis dengan selesa dan sejahtera.
  5. Menyediakan Undang-Undang dan peraturan yang cukup untuk kegunaan MDT dan warga Tapah
  6. Memberi kefahaman Undang-Undang kepada kakitangan MDT supaya tindakan penguatkuasaan dapat dilaksanakan dengan teratur dan terkini.
  7. Menyediakan bahan-bahan bacaan dan rujukan yang mencukupi bagi urusan pentadbiran MDT.
  8. Mengemaskini semua Undang-Undang dan peraturan MDT dari masa ke semasa.

 

PIAGAM PELANGGAN

  1. Menyelesaikan aduan awam mengenai penguatkuasaan undang-undang kecil dalam tempoh 7 hari.
  2. Memastikan penduduk-penduduk setempat patuh kepada undang-undang kecil bangunan seragam.
  3. Memastikan pengendali makanan mematuhi peraturan pelesenan mengikut undang-undang kecil pelesenan establisymen makanan.
  4. Memastikan penduduk-penduduk setempat patuh kepada undang-undang kecil kebersihan awam.
  5. Memastikan bahawa semua tindakan penguatkuasaan dan tindakan mahkamah yang diambil adalah adil, tegas, bertimbang rasa, bijaksana dan bersesuaian dengan peruntukan undang-undang
Kemaskini Terakhir: Selasa, 2 Oktober 2018 - 12:03pm