MENU

UNIT PUSAT SETEMPAT (OSC)

LATAR BELAKANG UNITPUSAT SETEMPAT (OSC)

Jabatan Pusat Setempat (OSC) telah ditubuhkan di Majlis Daerah Tapah pada bulan Jun 2007. Penubuhan OSC ini adalah selaras dengan usaha Kerajaan untuk meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan awam yang dilancarkan Perdana Menteri ke-4, Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi pada 13 April 2007.Kakitangan di Unit OSC terdiri dari seorang Pegawai Perancang Bandar (J41), seorang Penolong Jurutera (Awam) (Gred J29), seorang Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) (Gred N17) dan seorang Pembantu Am Pejabat (Gred N1)

OBJEKTIF OSC

Objektif Unit Pusat Setempat (OSC) Majlis Daerah Tapah adalah seperti berikut:

  • Menyelaras dan memudahcara proses kelulusan permohonan tukar syarat dan pecah (seksyen 124A KTN), permohonan penyerahan dan pemberimilikan semula (seksyen 204D KTN), permohonan kebenaran merancang, pelan pinta ukur, permohonan pengeluaran perakuan siap dan pematuhan (Certificate of Completion and Compliance – CCC), pelan bangunan, pelan kerja tanah, pelan jalan dan parit, pelan lampu jalan, pelan landskap dan pelan penamaan jalan dan penomboran bangunan;
  • Memendekkan norma masa dan mempercepatkan proses permohonan cadangan pemajuan di bawah konsep Bina Kemudian Jual (BKJ) dalam tempoh empat (4) bulan dan di bawah konsep Jual Kemudian Bina (JKB) dalam tempoh enam (6) bulan; dan
  • Menyeragamkan prosedur dan proses cadangan pemajuan dengan mengambilkira peruntukkan-peruntukkan di bawah Kanun Tanah Negara 1965 (KTN 56), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) dan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).

FUNGSI URUSETIA PUSAT SETEMPAT (OSC)

Fungsi OSC adalah seperti berikut :

  1. Menerima cadangan permohonan kebenaran merancang, pelan bangunan, pelan kerja tanah dan pelan lanskap dari pemohon.
  2. Meneliti sama ada cadangan pemajuan yang diterima yang memenuhi kehendak asas atau syarat-syarat yang ditetapkan oleh PBT.
  3. Membuat edaran permohonan kepada Jabatan-jabatan Teknikal atau pihak yang terbabit untuk mendapatkan ulasan teknikal.
  4. Memantau permohonan-permohonan yang telah diedarkan.
  5. Memaklumkan kepada Jawatankuasa Pusat Setempat mengenai cadangan pemajuan yang telah diterima.
  6. Mendapatkan maklumbalas lanjut dari Agensi Teknikal.
  7. Mengemukakan kertas perakuan terhadap cadangan pemajuan dan pelan pra-hitungan untuk mendapat kelulusan Jawatankuasa Pusat Setempat.
  8. Bertindak sebagai Urusetia Mesyuarat yang menetapkan tarikh mesyuarat akan diadakan dan menyediakan minit mesyuarat serta maklumbalas untuk edaran kepada ahli Jawatankuasa Pusat Setempat.
  9. Mengedarkan keputusan Jawatankuasa terhadap kelulusan cadangan pemajuan kepada Pentadbir Tanah bagi permohonan Seksyen 124A dan 204D KTN.
  10. Menyediakan kertas perakuan kelulusan untuk dibawa ke Mesyuarat Penuh PBT ; dan
  11. Mengedarkan keputusan rasmi kepada pemohon.
Kemaskini Terakhir: Selasa, 2 Oktober 2018 - 12:03pm