MENU

Soalan Lazim

1. Apakah erti cukai taksiran?
Cukai Taksiran atau Cukai Pintu ialah cukai yang dikenakan ke atas pegangan berkadar seperti rumah kediaman harta perusaharaan, tanah kosong, tanah pertanian yang terletak didalam kawasan Majlis Daerah Tapah. 

2. Cara bayaran? 
Cukai Taksiran dibayar 2 kali setahun:

  • 1/2 tahun pertama - 1 januari hingga februari.
  • 1/2 tahun kedua- 1 julai hingga 30 ogos.

3. Jika tidak menerima sebarang bil taksiran? 
Datang sendiri ke pejabat MDT,Bahagian Kewangan untuk mendapatkan bil-bil serta bawa bersama bil lama untuk rujukan atau no.lot/no.rumah/ kedudukan harta. 

4. Bagaimana untuk melakukan pertukaran hakmilik? 
Maklumkan kepada MDT dengan mengisi borang 1 dalam tempoh 3 bulan selepas pindah milik dilakukan.Jika gagal pihak MDT boleh mengambil tindakan mengikut seksyen 160 (6),Akta 171. 

5. Pelepasan cukai? 
Anda boleh mendapat pelepasan cukai jika rumah/ bangunan anda kosong (tidak didiami) dengan syarat anda telah memberi notis secara bertulis kepada MDT mengenai kekosongan itu.maklumkan juga bahawa banggunan itu telah diruntuhkan, diubahkan ketapak lain, dimusnahkan oleh kebakaran, angin, ribut atau sebab-sebab lain.