MENU

Info Perlesenan

Pihak Majlis Daerah Tapah juga menyediakan ruang-ruang perniagaan seperti pasar,gerai mahupun pusat-pusat perniagaan. Peluang peniaga adalah terbuka luas kepada semua yang berminat. Borang permohonan lesen perniagaan termasuk lesen papan iklan boleh diperolehi di pejabat Majlis Daerah Tapah dengan kadar bayaran perkhidmatan sebanyak RM5.  Setiap borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen berikut :

1) 2 keping gambar berukuran kad pengenalan
2) 1 salinan kad pengenalan pemohon
3) 1 salinan cukai taksiran tempat kediaman
4) 1 salinan cukai taksiran bangunan premis disewa
5) 1 salinan surat perjanjian sekiranya bangunan premis disewa
6) 1 salinan sijil pendaftaran syarikat
7) Senarai nama pengendali makanan (sekiranya premis makanan)
8) 1 salinan pelan lokasi premis
9) 1 salinan geran tempat perniagaan
Kemaskini Terakhir: Khamis, 2 November 2017 - 8:27am