Apa itu Cukai Taksiran Harta
Cukai taksiran harta ialah cukai yang dikenakan ke atas semua pegangan / harta didalam kawasan pentadbiran Majlis berdasarkan kepada nilai tahunan dan kadar tahunan sebagaimana diperuntukkan di Bahagian XV , Akta Kerajaan Tempatan 1976.
Mengapa Cukai dikutip?
Cukai taksiran dikenakan bagi membiayai :
- Keperluan pembinaan dan penyelenggaraan kemudahan infrastruktur awam dan prasarana seperti penyediaan kemudahan lampu awam, pondok bas, perhentian stesen bas / teksi, tandas awam, padang, tempat rekreasi, pasar, jalan, parit dan sebagainya.
- Perkhidmatan pembersihan perbandaran di kawasan perumahan / perniagaan, kilang, taman-taman dan tempat-tempat awam melalui perkhidmatan pungut sampah, potong rumput, pengindahan bandar dan lain-lain.
- Penyediaan dan penyelenggaraan medan selera, lampu-lampu jalan dan longkang di kawasan tumpuan utama, kesemua ini adalah untuk menjamin kesejahteraan rakyat khususnya penduduk dalam kawasan pentadbiran Majlis Daerah Tapah.
Bagaimana Cukai Taksiran dibuat?
- Cukai Taksiran dikenakan berdasarkan kepada nilai tahunan dan kadar tahunan
- Nilai tahunan semasa diambilkira berdasarkan kepada aras nilai sewa semasa penyediaan senarai nilaian yang dikuatkuasakan.
- Kadar tahunan semasa yang diwartakan dikenakan mengikut jenis harta, luas binaan dan kedudukan harta.