MENU

 

Pemaju-pemaju perumahan ataupun perseorangan yang ingin membangunkan sesebuah bangunan perlulah mendapat kelulusan terlebih dahulu dari pihak Majlis Daerah Tapah. Bagi memproses kelulusan mendirikan bangunan beberapa dokumen seperti berikut hendaklah dikemukakan.
Kategori Pelan Bangunan untuk Skim Perumahan/Industri/Perniagaan dan Pejabat : 

1) 10 set salinan pelan yang lengkap.
2) 4 set pelan Jalan dan Perparitan.
3) 4 set salinan pelan kerja tanah.
4) 1 salinan surat kelulusan Pejabat Tanah dan Galian.

 

Kategori Pelan Bangunan (Bangunan sebuah/ banglo) :

1) 8 set salinan pelan yang lengkap.
2) 1 salinan geran tanah.
3) 1 salinan resit bayaran cukai tanah bagi tahun semasa.
4) 1 salinan resit bayaran cukai taksiran bagi tahun semasa sekiranya projek membina semula rumah kediaman.

 

Kategori Pelan Bangunan Bagi Kerja Tambahan dan Ubahsuai:

1) 5 set salinan pelan yang lengkap.
2) 1 salinan geran tanah. 
3) 1 salinan resit bayaran cukai taksiran dan cukai tanah bagi tahun semasa.
4) Surat kebenaran jiran sebelah.

 

Kemaskini Terakhir: Khamis, 21 September 2017 - 6:28pm