MENU

Lata Sungai BilLata Sungai Bil
  

Suasana bersih dan indah dengan air gunung yang mengalir sejuk dan segar menjadi satu daya tarikan kepada para pengunjung dan mereka yang gemarkan aktiviti berpiknik. Mempunyai pemandangan yang menarik untuk dinikmati tidak mengira dari sudut manapun ianya dilihat. Ketika musim hujan, airnya yang mengalir deras dan buih-buih putih yang memercik di celah-celah batu memberikan satu suasana yang menyamankan dan menyegarkan. Para pengunjung juga akan melalui satu kawasan perkampungan dan ladang kelapa sawit di sepanjang perjalanan menuju ke Lata Sungai Bil.

Kemaskini Terakhir: Selasa, 27 November 2018 - 5:45pm