MENU
 

logotender@tapah

TAWARAN SEBUTHARGA PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN BERSENJATA API DI MAJLIS DAERAH TAPAH BAGI TAHUN 2021/2022 ( IKLAN SEMULA)

1. Sebutharga ini dipelawa di Pejabat Yang Dipertua Majlis Daerah Tapah sehingga 23 SEPTEMBER 2021 jam 12.00 tengahari untuk mempelawa Syarikat-Syarikat yang dibenarkan dan sah untuk menyertai sebutharga yang mematuhi syarat-syarat berikut:-

  • Kontraktor Sijil Kementerian Kewangan Malaysia di bawah kod (220302) bidang Kawalan Keselamatan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan Majlis Daerah Tapah.

2. Tajuk perkhidmatan kerja yang ditawarkan adalah berikut:

Bil No. Sebutharga Tajuk
1. MDT/JKP/SH/11/2021 Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Bersenjata Api Di Majlis Daerah Tapah bagi tahun 2021/2022

3. Segala dokumen mengenai sebutharga ini (Borang Sebutharga, Penentuan Kerja serta Syarat-syarat Sebutharga) yang ditetapkan bagi tujuan tersebut boleh di dapati dan dimuatturun di Portal Rasmi Majlis Daerah Tapah mulai 6 SEPTEMBER 2021. Pembayaran sebanyak RM 50.00 bagi setiap borang yang dimuat turun boleh dilakukan melalui medium "JomPay". Resit pembayaran perlu dikepilkan semasa penghantaran borang. Pembayar boleh membuat bayaran online melalui medium "JomPay" dengan memasukkan maklumat seperti berikut:-

Biller Code 13110
Ref.1 Nama Syarikat/Nama Individu
Ref 2 No. Telefon
Jumlah Bayaran RM 50.00

4.  Dokumen Sebutharga yang telah dilengkapkan hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermertidan ditulis nama sebutharga dan no sebutharga di sudut atas sebelah kanan sampul tersebut. Ianya hendaklah dimasukkan kedalam sampul tersebut. Ianya hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga Jabatan Khidmat Pengurusan Majlis Daerah Tapah sebelum pukul 12.00  tengahari pada 23 SEPTEMBER 2021.

5.  Jika tender/sebutharga dihantar dengan perkhidmatan pos berdaftar/kurier, petender hendaklah memastikan dokumen tersebut selamat tiba pada alamat yang telah ditetapkan sebelum atau pada tarikh tutup sebutharga. Sebarang  kelewatan yang timbul dalam urusan tersebut tidak akan dilayan.

6. Majlis Daerah Tapah tidak terikat untuk menerima sebarang sebutharga yang terendah atau mana-mana sebutharga yang diterima.

7.  Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan boleh hubungi Cik Fatin Atikah di talian 05-4011326

BORANG SEBUTHARGA

TAWARAN SEBUTHARGA

Kemaskini Terakhir: Isnin, 6 September 2021 - 2:11pm