MENU


 NO. RUJUKAN SEBUTHARGA : MDT/JKP/SH/03/2019

Fail No. : MDT(AM)3/5/16

 

KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA

1. Sebutharga adalah dipelawa daripada Syarikat Bumiputera Tempatan yang berpengalaman dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam kod bidang 020601-ALAT TULIS(TIDAK TERMASUK BORANG DAN SENUA JENIS KERTAS yang masih sah laku tempoh pendaftarannya untuk perkhidmatan berikut:-

SEBUTHARGA MEMBEKAL ALAT TULIS DI MAJLIS DAERAH TAPAH UNTUK TAHUN 2019-2021(24 BULAN)

2. Dokumen sebutharga boleh diperolehi di JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN mulai 13 Mac 2019 (Rabu) pada waktu pejabat dengan harga RM30.00 dan perlu mengemukakan dokumen seperti berikut:

      2.1 Sijil Asal Pendaftaran Bidang Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah laku pendaftarannya               beserta cop syarikat;

      2.2 Sijil Asal Pendaftaran Perniagaan/ Syarikat yang dikeluarkan oleh Pendaftar Perniagaan/ Pendaftar               Syarikat yang masih sah lakunya pendaftarannya;

      2.3 Sijil Asal Pendaftaran Perniagaan/ Syarikat dan Sijil Asal Pendaftaran Bidang hendaklah ditunjukkan               dengan sempurnanya semasa mengambil dokumen sebutharga; dan

      2.4 Dokumen sebutharga tidak akan dikeluarkan kepada mana-mana Syarikat / Pengusaha yang gagal               mengemukakan Sijil Asal Pendaftaran seperti ditetapkan.

3. Dokumen sebutharga yang telah diisi dengan lengkap dan bertandatangan hendaklah dihantar menggunakan sampul surat berlakri dengan menulis; SEBUTHARGA MEMBEKAL ALAT TULIS DI MAJLIS DAERAH TAPAH UNTUK TAHUN 2019-2021

YANG DIPERTUA
Majlis Daerah Tapah
Jalan Stesyen,35000 Tapah
Perak Darul Ridzuan.
 
4. Tarikh tutup sebutharga pada 21 Mac 2019 (KHAMIS) JAM 12.00 TENGAHARI. Syarikat/Pengusaha adalah dinasihatkan supaya mengemukakan tawaran mereka dan hendaklah sampai pada atau sebelum masa dan tarikh tutup tawaran tersebut. Mana-mana sebutharga syarikat/pengusaha yang diterima lewat dari masa dan tarikh yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan
 
YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH TAPAH