TAWARAN MENGISI KEKOSONGAN GERAI SEWAAN MAJLIS DAERAH TAPAH
- Tawaran adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang bermastautin di Daerah Batang Padang untuk memohon menyewa gerai Majlis Daerah Tapah seperti berikut :-
Bil | Lokasi Gerai | No. Premis | Jenis Perniagaan |
1. | Gerai MDT Belakang Bazar Tapah | No. 1-9 | Pelbagai |
2. | Gerai Pasar Tapah | No.4 | Makanan/Minuman |
3. | Gerai Jalan Temoh | No.2 | Bengkel |
4. | Gerai Terbuka Belakang Pasar, Bidor | No.13 & 45 | Pelbagai |
5. | Gerai Ikan Pasar Awam Tapah Road | No.1 & 6 | Ikan |
6. | Gerai Dewan Muhibbah Bidor | No.6 & 7 | Makanan/Minuman |
7. | Gerai MDT Jalan Bidor Raya, Bidor | No.1-5 | Makanan/Minuman |
8. | Gerai Medan Selera Jalan Sungkai, Bidor | No.18 | Makanan/Minuman |
9. | Meja Daging,Pasar Awam Sungkai | No.47 | Daging |
- Syarat utama yang perlu diketahui dan di ambil perhatian oleh pemohon adalah seperti berikut :-
- Mempunyai pengalaman;
- Berupaya membayar sewa bulanan yang dikenakan;
- Mempunyai modal yang mencukupi;
- Bersedia mematuhi arahan-arahan Majlis dari masa ke semasa.
- Borang permohonan boleh didapati di Kaunter Bahagian Sewaan, Jabatan Pelesenan dengan bayaran proses permohonan @ RM5.00. Semua borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan disertakan dengan :-
- 1 Salinan Kad Pengenalan
- 1 Salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan
- 1 Keping Gambar Berukuran Passport
- 1 Salinan Penyata Akaun Bank/Buku Simpanan
- Borang yang telah di lengkap isi hendaklah dikembalikan ke Bahagian Sewaan, Jabatan Pelesenan pada atau sebelum pada 22.8.2016 (ISNIN) sebelum jam 4.00 petang ke alamat :-
BAHAGIAN SEWAAN, JABATAN PELESENAN,
MAJLIS DAERAH TAPAH
35000 TAPAH,
PERAK DARUL RIDZUAN.
TEL : 05-4011326/2396 Ext. 239
- Borang permohonan yang tidak lengkap akan di tolak. Sekiranya tidak mendapat jawapan dalam tempoh 3 bulan daripada tarikh permohonan ini tutup, hendaklah menganggap permohonan tuan/puan tidak berjaya.