MENU
 

 

TAWARAN MENGISI KEKOSONGAN GERAI SEWAAN MAJLIS DAERAH TAPAH

 

  1. Tawaran adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang bermastautin di Daerah Batang Padang untuk memohon menyewa gerai Majlis Daerah Tapah seperti berikut :-

BIL.

LOKASI GERAI

NO. PREMIS

JENIS PERNIAGAAN

1.

Gerai MDT Dataran Bukit Hijau, Jalan Temoh 35000 Tapah, Perak

No. 1 - 6

Makanan & Minuman

2.

Gerai MDT Hadapan RPA II Air Kuning 31920 Air Kuning, Perak

No. 4

Pelbagai

3.

Gerai Buah-Buahan Kaw. Pasar Sungkai, Jalan Pasar 35600 Sungkai, Perak

No. 5 & No. 8

Pelbagai

4.

Gerai R&R Kawasan Temoh,35350 Temoh, Perak

No. 3

Pelbagai

2. Syarat utama yang perlu diketahui dan di ambil perhatian oleh pemohon adalah seperti berikut :-

  • Mempunyai pengalaman;
  • Berupaya membayar sewa bulanan yang dikenakan;
  • Mempunyai modal yang mencukupi;
  • Bersedia mematuhi arahan-arahan Majlis dari masa ke semasa.

3. Borang permohonan boleh didapati di Kaunter Bahagian Sewaan, Jabatan Pelesenan dengan bayaran  proses permohonan @ RM5.00. Semua borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan disertakan dengan :-

1 Salinan Kad Pengenalan

1 Salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan (SSM) - jika ada

1 Keping Gambar Berukuran Passport

1 Salinan Penyata Akaun Bank/Buku Simpanan

  1. Borang yang telah di lengkap isi hendaklah dikembalikan ke Bahagian Sewaan, Jabatan Pelesenan pada atau sebelum  pada 31.12.2019 (JUMAAT) sebelum jam 4.00 petang ke alamat :-

 

BAHAGIAN SEWAAN, JABATAN PELESENAN,

MAJLIS DAERAH TAPAH

35000 TAPAH,

PERAK DARUL RIDZUAN.

TEL : 05-401 1326/1373 Ext. 205/239

 

5. Borang permohonan yang tidak lengkap akan di tolak. Sekiranya tidak mendapat jawapan dalam tempoh 3 bulan daripada tarikh permohonan ini tutup, hendaklah menganggap permohonan tuan/puan tidak berjaya.