MENU
 

MURNI@TAPAH

 

Dimaklumkan bahawa Majlis Daerah Tapah sedang melaksanakan Program Pelaksana Program Jaringan Penunjuk Pembangunan Mampan Bandar Luar Bandar (MURNInets2.0) bagi tahun 2020. MURNInets 2.0 merupakan salah satu program yang dapat membantu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengumpul data maklumat bagi membuat penilaian, penentuan dan pemantauan tahap kemampanan bandar berdasarkan petunjuk-petunjuk yang telah ditetapkan ileh Operasi MURNINets Kebangsaan (POMK) melalui PLANMalaysia. Tahun 2020 adalah tahun pertama perlaksanaan MURNINets menggunakan Sistem Gerbang MURNINets yang telah dinaiktaraf dan lebih menyeluruh. Salah satu modul yang dinaiktaraf adalah pengisian borang soal selidik secara atas talian (online) yang mana sebelum ini pengisiannya adalah melalui edaran secara manual kepada responden.

Antara borang yang perlu di edarkan kepada penduduk dan dilengkapkan oleh setiap PBT dalam melaksanakan program ini adalah mencakupi skop berikut:-

  • Borang Soal Selidik Kajian Indeks Kebahagiaan (Happiness Index) Penduduk; dan
  • Borang Soal Selidik Kajian melibatkan tiga kategori iaitu kategori penduduk, kategori peniaga dan kategori NGO.

Soal selidik ini bertujuan mendapatkan pandangan golongan berkepentingan di bandar dan luar bandar mengenai kemudahan dan tahap perkhidmatan yang disediakan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT di kawasan mereka.

Sehubungan itu, Majlis mengalu-alukan kerjasama tuan/puan sekiranya berminat untuk menjawab borang soal selidik online sila layari laman sesawang http://murninetsqs.townplan.gov.my/questionaire . Untuk menjawab borang soal selidik online, boleh mendapatkan no siri dari pegawai MDT iaitu Encik Muhamad Safuan Bin Hamzah melalui talian 05-4011326 (Jabatan Perancangan Pembangunan dan Landskap).

SEMUA MAKLUMAT YANG DIBERIKAN ADALAH SULIT dan hanya tujuan keperluan penyelidikan sahaja.

 

 

Kemaskini Terakhir: Khamis, 19 November 2020 - 4:48pm