MENU
 

 

SEBUTHARGA NO: 1/2020, 2/2020, 3/2020, 4/2020

SEMUA KONTRAKTOR YANG BERDAFTAR DENGAN MAJLIS DAERAH TAPAH PADA TAHUN 2020

1. Sebutharga ini dipelawa di Pejabat Yang Dipertua Majlis Daerah Tapah sehingga 05 FEBRUARI, 2020 jam 12.00 tengahari untuk mempelawa Kontraktor yang dibenarkan menyertai sebutharga yang mematuhi syarat-syarat berikut:-

                a)  Kontraktor Sijil Kementerian Kewangan Malaysia dibawah kod (220402) bidang Pembersihan                       Kawasan yang berdaftar dengan Majlis Daerah Tapah beralamat dalam Kawasan Majlis Daerah                       Tapah.

2.       Tajuk Kerja yang ditawarkan adalah berikut:  SEPERTI DI LAMPIRAN ‘A’

3.    Segala dokumen mengenai sebutharga ini (Borang Sebutharga, Kawasan Pemotongan Rumput,              Penentuan Kerja serta Syarat-Syarat Sebutharga) yang ditetapkan bagi tujuan tersebut boleh didapati di        Jabatan Kesihatan Awam Dan Perkhidmatan Bandar (Unit Aman Bandar) Majlis Daerah Tapah pada hari          dan waktu kerja biasa dengan bayaran RM50.00.  Taklimat kerja Perkhidmatan Pemotongan Rumput    Kawasan Lapang dan Padang Permainan Dalam Kawasan Majlis Daerah Tapah akan diadakan pada              29 JANUARI 2020 pada jam 10.00 pagi bertempat di Jabatan Kesihatan Awam Dan Perkhidmatan       Bandar (Unit Aman Bandar), Majlis Daerah Tapah.  Pembelian Borang boleh dibuat mulai 29 JANUARI 2020.  Kehadiran  adalah diwajibkan dan borang akan dijual kepada pemilik syarikat   sahaja manakala bukan pemilik syarikat tidak dibenarkan.

4. Sebutharga ini ditutup pada 05 FEBRUARI 2020.

5.Tawaran sebutharga yang terendah tidak semestinya diterima.

Sekian, terima kasih.

” BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”

” MENUJU PANGKOR PULAU BEBAS CUKAI 2020”

 

LAMPIRAN ‘A’

SENARAI KERJA PERKHIDMATAN PEMOTONGAN RUMPUT KAWASAN LAPANG DAN PADANG PERMAINAN DALAM KAWASAN MAJLIS DAERAH TAPAH

Bil.

No. Fail MDT/UAB/PPRKL

No. Sebutharga

Tajuk

1.

1/2020 ( 1 )

1/2020

Kerja Perkhidmatan Pemotongan Rumput Kawasan Lapang Dan Padang Permainan Dalam Kawasan Majlis Daerah Tapah Di Zon 1 (Tapah Dan Tapah Road)

2.

1/2020 ( 2 )

2/2020

Kerja Perkhidmatan Pemotongan Rumput Kawasan Lapang Dan Padang Permainan Dalam Kawasan Majlis Daerah Tapah Di Zon 2 (Tapah Road, Air Kuning, Chenderiang Dan Temoh)

3.

1/2020 ( 3 )

3/2020

Kerja Perkhidmatan Pemotongan Rumput Kawasan Lapang Dan Padang Permainan Dalam Kawasan Majlis Daerah Tapah Di Zon 3 (Bidor)

4.

1/2020 ( 4 )

4/2020

Kerja Perkhidmatan Pemotongan Rumput Kawasan Lapang Dan Padang Permainan Dalam Kawasan Majlis Daerah Tapah Di Zon 4 (Bidor Dan Sungkai)