MENU
 

SEBUTHARGA MDT/JKP/SH/05/2020

1.         Sebutharga ini dipelawa di Pejabat Yang Dipertua Majlis Daerah Tapah sehingga          

21 FEBRUARI 2020 jam 12.00 tengahari untuk mempelawa Syarikat-Syarikat yang dibenarkan dan sah untuk menyertai sebutharga yang mematuhi syarat-syarat berikut :-

            a)         Kontraktor Sijil Kementerian Kewangan Malaysia dibawah kod (220302) bidang Kawalan Keselamatan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan Majlis Daerah Tapah.

2.         Tajuk perkhidmatan kerja yang ditawarkan adalah berikut:

Bil.

No. Sebutharga

Tajuk

1.

MDT/JKP/SH/05/2020

Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Bersenjata Api Di Majlis Daerah Tapah bagi tahun 2020/2021

3.         Segala dokumen mengenai sebutharga ini (Borang Sebutharga, Penentuan Kerja serta Syarat-syarat Sebutharga) yang ditetapkan bagi tujuan tersebut boleh didapati di Jabatan Khidmat Pengurusan Majlis Daerah Tapah pada hari dan waktu kerja biasa dengan bayaran RM50.00. Pembelian borang boleh dibuat mulai 11 FEBRUARI 2020.

4.         Dokumen Sebutharga yang telah dilengkapkan hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermetri dan ditulis nama sebutharga dan no sebutharga di sudut atas sebelah kanan sampul tersebut. Ianya hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga di Jabatan Khidmat Pengurusan Majlis Daerah Tapah sebelum pukul 12.00 tengahari pada 21 FEBRUARI 2020.

5.         Majlis Daerah Tapah tidak terikat untuk menerima sebarang sebutharga yang terendah atau mana-mana sebutharga yang diterima.

 

YANG DIPERTUA

Majlis Daerah Tapah