MENU
 

LOGO@MDT

MAJLIS DAERAH TAPAH

NOTIS SEBUT HARGA

Sebutharga adalah dipelawa daripada syarikat yang masih sah berdaftar dengan MAJLIS DAERAH TAPAH dan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA dalam kelas dan jenis pendaftaran yang berkaitan serta yang masih dibenarkan membuat tawaran bagi melaksanakan kerja-kerja seperti berikut:-

NO.SEBUTHARGA TAJUK
MDT/JKP/SH/01/2020 SEBUTHARGA UNTUK MEMBEKAL DAN MENGHANTAR PAKAIAN SERAGAM UNTUK ANGGOTA LELAKI & PEREMPUAN BAGI PEN. PEG. KESIHATAN PERSEKITARAN, PEMBANTU OPERASI, PENGHANTAR NOTIS, PEMANDU KENDERAAN DAN PEMBANTU AWAM, MAJLIS DAERAH TAPAH

MDT/JKP/SH/02/2020

SEBUTHARGA UNTUK MEMBEKAL DAN MENGHANTAR PAKAIAN JAKET HITAM UNTUK KAKITANGAN MAJLIS DAERAH TAPAH

MDT/JKP/SH/03/2020

SEBUTHARGA UNTUK PERKHIDMATAN MENJAHIT, MEMBEKAL DAN MENGHANTAR SEPASANG BAJU KORPORAT UNTUK AHLI MAJLIS DAN KAKITANGAN MAJLIS DAERAH TAPAH.

2.   Dokumen tawaran akan dijual seperti tarikh di atas pada waktu pejabat. Dokumen tawaran TIDAK akan dijual selepas tempoh tersebut.

3.   Sekiranya petender tidak berdaftar dengan Majlis Daerah Tapah, maka syarikat dikehendaki berdaftar terlebih dahulu sebagai pembekal di Jabatan Kejuruteraan & Bangunan. Dokumen tawaran hanya dijual kepada syarikat atau wakilnya yang sah sahaja yang menunjukkan Sijil Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) berserta satu salinan sijil tersebut dan Surat Wakil (bagi bukan pemegang asal sijil).

4.   Bayaran dokumen tawaran hendaklah dibuat dalam bentuk TUNAI SAHAJA di kaunter bayaran Majlis Daerah Tapah (bayaran tidak akan dikembalikan).

5.   Semua dokumen tawaran mestilah dikemukakan dalam sampul surat berlakri dan ditulis tajuk dan nombor tawaran berkenaan di penjuru kiri dan dialamatkan kepada Yang Dipertua Majlis Daerah Tapah, Jalan Stesyen, 35000 Tapah dan dimasukkan ke dalam Peti Tender di Jabatan Khidmat Pengurusan.

6.   Majlis Daerah Tapah tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah atau mana-mana tawaran. Pihak Majlis juga tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang dokumen tender yang tidak terdapat di dalam Peti Tender setelah Peti Tender dibuka.

7.   Laman Web: www.mdtapah.gov.my

YANG DIPERTUA,

MAJLIS DAERAH TAPAH

 

Kemaskini Terakhir: Isnin, 24 Februari 2020 - 4:55pm