MENU
 
<

rtd@tapah

 

PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM DRAF RANCANGAN TEMPATAN DAERAH BATANG PADANG 2035 (PENGGANTIAN)
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Sukacita dimaklumkan bahawa sebagaimana keperluan di bawah Subseksyen 13(1) dan 13(2), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), Laporan Draf Rancangan Tempatan (RT) Daerah Batang Padang 2035 (Penggantian) telah sedia untuk diperiksa oleh orang awam bermula pada 28 Oktober 2021 sehingga 26 November 2021.
Semakan laporan boleh dibuat pada hari bekerja di :-
1) Pejabat Majlis Daerah Tapah
2) Pejabat Daerah dan Tanah Batang Padang, Tapah
3) Pejabat PLANMalaysia@Perak (Ipoh)
4) Pejabat Penghulu Mukim Batang Padang, Mukim Bidor, Mukim Sungkai, Mukim Chenderiang
Turut diadakan Sesi Publisiti Turun Padang seperti dilampirkan.
Semakan laporan dan borang bantahan juga boleh didapati secara atas talian:-
1. Laman Web PLANMalaysia (ePublisiti 2.0)
2. Laman Web PLANMalaysia@Perak
3. Laman Web Majlis Daerah Tapah
4. Laman Web Pejabat Daerah & Tanah Batang Padang
Sekian, terima kasih.
Kemaskini Terakhir: Isnin, 15 November 2021 - 5:15pm