PROGRAM RAMAH MESRA
BERSAMA PEGAWAI DAERAH BATANG PADANG
MERANGKAP YANG DIPERTUA MAJLIS DAERAH TAPAH
2016
Program diadakan pada ketetapan seperti berikut:-
Tarikh : 27 Mei 2016 (Jumaat)
Tempat : Dewan JKKK Pekan Lama Sungkai
Masa : 2.30 – 5.00 petang
PENGENALAN
Program Perhubungan Komuniti “Ramah Mesra Bersama Tuan Haji Razali Bin Bakar Pegawai Daerah/Yang DiPertua Majlis Daerah Tapah” merupakan satu program komuniti dimana dapat memupuk nilai-nilai perpaduan dikalangan penduduk DUN Sungkai yang terdiri daripada pelbagai kaum.Tujuan program ini diadakan adalah bagi membolehkan masyarakat di sekitar Dun Sungkai untuk beramah mesra bersama Pegawai Daerah/Yang DiPertua Majlis Daerah Tapah dan mengenali beliau secara lebih dekat. Ia merupakan satu platform bagi masyarakat di Dun Sungkai untuk memupuk nilai-nilai perpaduan serta berkongsi bersama Pegawai Daerah/Yang DiPertua masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka setiap hari dari pelbagai segi. Ia juga merupakan satu platform bagi masyarakat diberi pendedahan mengenai isu-isu semasa yang sedang berlaku di persekitaran daerah ini.
ANJURAN BERSAMA
- PEJABAT DAERAH DAN TANAH BATANG PADANG
- MAJLIS DAERAH TAPAH
- MAJLIS MASYARAKAT SIVIL (MMS)
- JAWATANKUASA PERWAKILAN PENDUDUK (JPP)
OBJEKTIF
- Memperkasakan semangat perpaduan dan kerjasama antara masyarakat pelbagai kau
- Mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi masyarakat sekitar DUN Sungkai
- Membincangkan cara-cara mengatasi isu-isu semasa yang dibangkitkan
ATURCARA
- 2.30 petang : Ketibaan tetamu
- 3.15 petang : Ketibaan YBhg Tuan Pegawai Daerah Batand Padang merangkap Yang DiPertua Majlis Daerah Tapah
- 3.25 petang : Ucapan oleh. Tuan Pegawai Daerah/ Yang DiPertua
- 3.35 petang : Sesi Soal Jawab antara Pegawai Daerah/ Yang DiPertua dengan masyarakat Dun Sungkai
- 4.30 petang : Minum Petang
- 5.00 petang : Majlis Bersurai
LOKASI
SEMUA DIJEMPUT HADIR