MENU
 

PROGRAM GOTONG ROYONG MEMBASMI WABAK DENGGI 2016​

Kampung Baru Kuala Bikam

 

Program akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:-

Tarikh                       : 13 Februari 2016 (Sabtu)

Tempat                     : Kg Baru Kuala Bikam

Masa                         : 8.00 pagi - 12.00 tengahari

 

PENGENALAN

Isu mengenai masalah dan pembiakan nyamuk Denggi semakin berleluasa. Wabak denggi kian menular di kampung-kampung malahan di taman-taman perumahan juga. Sehubungan itu, Majlis Daerah Tapah mengambil inisiatif untuk mengadakan program gotong royong bagi membasmi wabak Denggi di kawasan-kawasan berisiko tinggi serta mempunyai kes-kes Demam Denggi. Program ini merupakan program berkala yang dianjurkan oleh pihak Majlis sendiri iaitu kerjasama Jabatan Vektor dan Perkhidmatan bersama-sama Pejabat Kesihatan Daerah dengan Jawatankuasa Perwakilan Penduduk JPP dan komuniti di kawasan berkenaan.

 

OBJEKTIF

  1. Mengurangkan risiko Demam Denggi.
  2. Mengurangkan risiko pembiakan Nyamuk Aedes.
  3. Membersihkan dan mengindahkan kawasan-kawasan berkenaan.
  4. Menggalak peranan masyarakat dan Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP).
  5. Memupuk semangat kerjasama, tanggungjawab dan perasaan belonging terhadap kawasan perumahan masing-masing.
  6. Meningkatkan kesedaran bahaya penyebaran wabak denggi dalam kalangan masyarakat setempat yang berisiko tinggi.

LOKASI

 

SEMUA DIJEMPUT HADIR