MENU
 

PBTPay adalah sebuah portal pembayaran sepusat rasmi bagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang dibangunkan oleh Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Perkhidmatan yang disediakan di dalam PBTPay ini adalah khas untuk anda membuat pembayaran kepada semua PBT di seluruh negara secara atas talian.

Bayar kepada mana-mana PBT dengan PBTPay

Seiring dengan kemajuan teknologi maklumat dan visi JKT yang ingin menjadikan PBT sebagai sebuah agensi yang bertaraf dunia, portal ini dibangunkan khas untuk memberikan kemudahan dan keselesaan kepada orang awam untuk membuat bayaran.

  • Pelbagai jenis bayaran seperti cukai, sewaan, kompaun dan lesen (mengikut kesediaan PBT).
  • Bayar menggunakan FPX.
  • Semak dan dapatkan maklumat akaun dan pembayaran.
  • Untuk maklumat lanjut dan membuat bayaran, anda boleh layari https://pbtpay.kpkt.gov.my/
  • Manual Pengguna PBTPay
 

Kemaskini Terakhir: Isnin, 6 September 2021 - 2:11pm