MENU
 

PROGRAM MAJLIS PELANCARAN SISTEM PENARAFAN BINTANG DAN

PENYERAHAN POKET LANDSKAP

 

Program tersebut diadakan pada ketetapan seperti berikut:-

Tarikh                       : 1 April 2016 (Jumaat)

Tempat                     : Hadapan Pejabat OSC, Majlis Daerah Tapah

Masa                         : 3.00 - 5.00 petang

Perasmi                     : Tn Haji Razali Bin Bakar, PMP., AMP., PPT.

 

PENGENALAN

Pelaksanaan Sistem Penggredan (Star Rating) Pihak Berkuasa Tempatan (SPB-PBT) adalah selaras dengan hasrat Kerajaan untuk meningkatkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. Melalui sistem ini, semua PBT dijangka akan lebih bertanggungjawab dalam memastikan perkhidmatan yang diberikan lebih efisien dan berkualiti. SPB-PBT ini juga akan dapat mengurangkan tohmahan masyarakat terhadap PBT, justeru meningkatkan imej PBT.  Di samping itu, SSR-PBT diharap dapat membantu PBT meneruskan lagi kesinambungan prestasi yang cemerlang pada masa akan datang.

Mesyuarat MNKT Ke - 52 pada 11 Oktober 2004 yang menimbangkan 64 Langkah Penambahbaikan di PBT telah memutuskan supaya Sistem Penggredan PBT diwujudkan bagi menilai tahap prestasi PBT. Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan pada 1 Disember 2006 yang dipengerusikan oleh YAB. Perdana Menteri menyarankan supaya Sistem Penggredan diperkenalkan semula seperti yang pernah dilaksanakan pada tahun 1983 mengenai Surat Pekeliling Usaha - usaha Memajukan Pentadbiran Awam.

Sehubungan itu, pihak Majlis Daerah Tapah mengambil inisiatif untuk mengadakan majlis pelancaran mengenai SPB-PBT 2015. Program majlis pelancaran Sistem Penarafan Bintan Pihak Berkuasa Tempatan SPB-PBT 2015 adalah sebuah program yang dilaksanakan untuk memperkenalkan kepada semua pegawai dan anggota Majlis Daerah Tapah (MDT) mengenai SPB-PBT 2015 dengan meletakkan sasaran/target adalah 4 bintang. Ianya juga bertujuan untuk memaklumkan bahawa MDT akan dinilai oleh Pasukan Inspektorat daripada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan, dan Kerajaan Tempatan serta sedang menuju ke arah sebuah pihak berkuasa tempatan yang mampan melalui kriteria-kriteria yang ditetapkan daripada SPB-PBT.

Pada masa yang sama, program tersebut juga diselitkan dengan program penyerahan poket landksap kepada penerima-penerima yang telah dikenalpasti. Tujuannya adalah untuk mewujudkan kerjasama antara pihak Majlis Daerah Tapah dan pihak-pihak lain antaranya ialah pihak kerajaan, swasta, badan-badan NGO dan persendirian/penduduk tempatan dalam meningkatkan keceriaan dan pengindahan kawasan melalui pelaksanaan penyelenggaraan kawasan landskap seperti di sepanjang bahu jalan utama, landskap pejabat, kawasan rumah persendirian dan sebagainya.

OBJEKTIF

  1. Menghebahkan kepada semua anggota MDT mengenai SPB agar diketahui semua bahawa MDT sedang kearah itu.
  2. Pemberitahuan sasaran bintang yang ingin dicapai oleh MDT.
  3. Agar semua anggota MDT turut menyumbang secara langsung dan tidak langsung untuk mencapai sasaran bintang itu.
  4. Mewujudkan kejiranan bersih dan hijau.
  5. Menambahbaik dan menaiktaraf kawasan-kawasan utama seperti laluan utama ke pusat bandar, taman awam sebagai kawasan tumpuan orang ramai bersih dan indah.
  6. Tanggungjawab untuk memastikan kebersihan kawasan dan keselamatan pengguna.

 

ATURCARA

3.00 ptg:     Ketibaan anggota MDT

3.30 ptg:     Ketibaan Ketua-Ketua Jabatan

                   Ketibaan Tetamu Jemputan

                   Ketibaan Tn Haji Razali Bin Bakar, PMP., AMP., PPT.

                   ( Pegawai Daerah & Tanah Batang Padang merangkap Yang Dipertua Majlis Daerah Tapah)

3.50 ptg:     Nyanyian Lagu Negaraku

3.55 ptg:     Bacaan Doa

4.05 ptg:     Ucapan Perasmian dan Pelancaran Hari Sistem Penarafan Bintang dan

                   Penyerahan Poket Landskap Taman Malaysia oleh

                   Yang Berbahagia Tn Haji Razali Bin Bakar, PMP., AMP., PPT.

                   (Pegawai Daerah & Tanah Batang Padang merangkap Yang Dipertua Majlis Daerah Tapah)

5.00 ptg:     Bersurai & Minum Petang.

 

LOKASI

 

SEMUA DIJEMPUT HADIR