MENU

                            Ruj.Kami : MDT(PKD)7/9/2001 (47)

MAJLIS DAERAH TAPAH

PERMOHONAN UNTUK MENGISI JAWATAN KOSONG

  • Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan keutamaan kepada Warganegara Malaysia (Rakyat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan sahaja) termasuk Pegawai-Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat dan layak untuk mengisi kekosongan jawatan berikut :-

          

Bil  

JAWATAN

GRED

TARAF

KEKOSONGAN

1

PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN)

W19

Kontrak/Tetap

1

2

PEMBANTU TADBIR (P/O)

N19

Kontrak/Tetap

3

3

PEMBANTU AWAM

H11

Kontrak/Tetap

5

BORANG JAWATAN KOSONG

SKIM PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W19

SKIM PEMBANTU TADBIR (P/O) N19

SKIM PEMBANTU AWAM H11

  • Cara permohonan :

Semua permohonan hendaklah menggunakan borang MDT.(PKDM) – 1 yang boleh dimuat turun (download)  melalui laman web Majlis Daerah Tapah secara PERCUMA.Keterangan lanjut mengenai syarat lantikan jawatan kosong yang diiklankan boleh didapati di portal rasmi Majlis Daerah Tapah : www.mdtapah.gov.my

Semua dokumen hendaklah di hantar kepada :

Yang Dipertua

Majlis Daerah Tapah

Jalan Stesyen

35000 Tapah

Perak Darul Ridzuan

  • Tarikh tutup permohonan : 23 Ogos, 2017
  • Permohonan akan DITOLAK sekiranya :
  • Tidak lengap atau tidak jelas
  • Tidak memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan.

 

  • Catatan Am
  1. Sila lampirkan RESUME bersama dengan semua salinan kad pengenalan/sijil lahir/sijil kelulusan hendaklah disahkan oleh Pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional atau Penghulu atau Pesuruhjaya Sumpah.
  2. Pegawai yang sedang berkhidmat dengan kerajaan hendaklah memohon melalui Ketua Jabatan masing-masing dan hendaklah disertakan dengan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan dan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang terkini.
  3. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga
  4. Permohonan yang Berjaya ditemuduga hendaklah membawa bersama dokumen asal sebagai rujukan pihak MDT .
  5. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonannya tidak berjaya.

 

Kemaskini Terakhir: Khamis, 14 Disember 2017 - 5:31pm