HARI TERBUKA PELAN TRANSFORMASI PIHAK BERKUASA TEMPATAN
“PBT DI HATI RAKYAT”
&
SESI TOWN HALL
PERINGKAT MAJLIS DAERAH TAPAH
2016
Program diadakan pada ketetapan seperti berikut
Tarikh : 26 MEI 2016 (Khamis)
Tempat : Dewan Merdeka Tapah
Masa : 9.00 pagi – 12.30 petang
Perasmi : Y.B. DATO’ HAJI SAMSUDIN BIN ABU HASSAN D.P.M.P., A.M.P., P.P.T.
PENGENALAN
Dalam era transformasi dan globalisasi, Kerajaan sedar ekspektasi rakyat terhadap perkhidmatan yang diberikan semakin meningkat dan mencabar. Justeru Kerajaan sentiasa berusaha dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. Dalam usaha menangani masalah dan aduan awam secara menyeluruh atau holistik, kerajaan sentiasa memberi fokus kepada isu-isu yang melibatkan touch point kepada rakyat. Sehubungan itu, kerajaan memperkenalkan Pelan Transformasi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Ini memandangkan lebih 70 peratus rakyat tinggal dalam kawasan PBT, oleh itu PBT memainkan peranan yang amat penting kerana segala permasalahan dan kesejahteraan rakyat berada dalam tanggungjawab PBT.
Pelan Transformasi PBT ini merupakan inisiatif pihak Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan yang berobjektif untuk meningkatkan mutu perkhidmatan, kesejahteraan dan kelestarian persekitaran di kawasan PBT (Majlis Daerah Tapah). Pelan ini juga merupakan inisiatif jangka panjang untuk mencapai objektif utama meningkatkan kecekapan PBT dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Selaras dengan bidang fokus Rancangan Malaysia Ke-11 iaitu untuk menyediakan perkhidmatan berkualiti pada peringkat tempatan melalui pemerkasaan dan peningkatan akauntabiliti PBT, pengukuhan penyampaian perkhidmatan, pengukuhan kerjasama untuk merangsang pembangunan ekonomi tempatan dan mempergiat penglibatan masyarakat setempat serta perkongsian maklumat oleh PBT. Maka dengan itu, wujudlah Pelan Transformasi PBT yang komprehensif dan berkesan ke arah mencapai hasrat dan fokus tersebut.
Oleh itu, Hari Terbuka Pelan Transformasi PBT ini diadakan adalah untuk mempromosikan dan menghebahkan kepada orang ramai khususnya penduduk tempatan agar mengetahui dan memahami secara menyeluruh mengenai Pelan Transformasi ini. Ianya bertujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada rakyat disamping mencelikkan minda dan membuka mata rakyat mengenai hala tuju PBT agar masyarakat memahami akan tujuan Pelan Transformasi ini supaya bergerak seiring dalam mencapai visi Pelan ini iaitu melahirkan PBT sebagi Pemacu Kemakmuran, Kesejahteraan dan Kualiti Hidup Rakyat.
Hal ini juga, Pelan Transformasi PBT turut mendatangkan faedah dan memberi kepentingan kepada PBT. Antaranya meningkatkan integriti warga PBT, membangunkan modal insan secara optimum, memperluas dan mengukuhkan sumber kewangan, meningkatkan kecekapan perkhidmatan PBT, meningkatkan daya saing PBT dan mempromosi kawasan PBT sebagai hab pelaburan, kediaman, bekerja dan beriadah. Disamping itu, ianya turut menyumbang kepada rakyat seperti Kerajaan mendengar suara rakyat, rakyat mendapat perkhidmatan terbaik, rakyat menikmati kehidupan berkualiti dengan persekitaran kondusif, penyediaan kemudahan asas yang lebih selesa dan meningkatkan kemakmuran ekonomi dan kesejahteraan rakyat.
Disamping itu juga, Majlis Daerah Tapah turut menganjurkan sesi town hall pada hari terbuka ini. Hal ini kerana, Sesi town hall atau taklimat umum bersama masyarakat seumpama ini dapat mengeratkan lagi kerjasama supaya rakyat dapat terbabit sama dan berkongsi maklumat dengan Majlis Daerah Tapah. Malah, menerusi medium ini juga, Majlis Daerah Tapah mampu menjadikannya sebagai landasan untuk perbincangan isu-isu tempatan, serta memaklumkan masalah dan cabaran dihadapi oleh Majlis Daerah Tapah terutamanya dari aspek kekangan kewangan atau kakitangan yang menyebabkan perkhidmatan terganggu. Jika kedua-dua pihak memahami antara satu sama lain, pihak kami percaya masyarakat akan mendapat pemahaman yang lebih jelas sekali gus mewujudkan keyakinan baharu rakyat terhadap PBT. Langkah ini juga mampu mengelak Majlis Daerah Tapah daripada terus dikritik selain dapat memastikan tiada mana-mana pihak memanipulasi sesuatu maklumat hingga boleh menimbulkan fitnah.
OBJEKTIF
- Memaklumkan kepada rakyat mengenai Pelan Transformasi PBT
- Mendapatkan cadangan maklum balas Pelan Transformasi PBT
- Memantapkan pelaksanaan Pelan Transformasi PBT untuk rakyat
- Mendapatkan cadangan dan idea daripada penduduk setempat
- Menggalakkan perbincangan secara terbuka bersama masyarakat
- Meningkatkan penyelesaian aduan dan masalah dalam kawasan operasi
ATURCARA
Masa |
Perkara |
9.00 pagi 9.20 pagi |
Ketibaan Tetamu Ketibaan Perasmi & VIP |
9.25 pagi |
Nyanyian Lagu Negaraku & Bacaan Doa |
9.30 pagi |
Ucapan alu-aluan oleh Pegawai Daerah & Tanah Batang Padang merangkap Yang DiPertua Majlis Daerah Tapah |
9.45 pagi |
Ucapan perasmian oleh Y.B. Dato’ Haji Samsudin Bin Abu Hassan D.P.M.P., A.M.P., P.P.T. |
10.45 pagi |
Penyampaian Watikah Perlantikan Jawatanhkuasa Perwakilan Penduduk (JPP) Sesi Town Hall bermula |
11.30 pagi |
Press Conference bersama media Lawatan Pameran |
12.00 ptg |
Penyampaian Hadiah bagi Pertandingan Mewarna |
12.30 ptg |
Makan Tengahari & Bersurai |
LOKASI
Dewan Merdeka Tapah
SEMUA DIJEMPUT HADIR