MENU
 

TINJAUAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DI SEKITAR TAPAH

Alhamdulillah, MB Peja yang juga Adun Chenderiang sempat luangkan masa petang tadi meninjau pelaksanaan PKP di sekitar Tapah untuk menyampaikan penghargaan kepada para petugas barisan hadapan yang telah berikan khidmat terbaik mengekang penularan wabak Covid-19.

MB Peja turut agihkan kurma buat para petugas ‘frontliners’ sempena bermulanya ibadah puasa Ramadan esok, sebelum singgah di Kampung Orang Asli Batu 3 Jalan Pahang untuk sampaikan bantuan bekalan makanan asas.