MENU
 
 
postertapah@tapah
 
PROGRAM FAMILIARIZATION TRIP DI DAERAH BATANG PADANG
Kerajaan Negeri Perak melalui Tourism Perak bersama Gaya Travel Magazine telah mengadakan program tersebut pada 8 hingga 10 Februari 2022. Trip ini disertai oleh 25 orang peserta yang terdiri daripada Unit Pelancongan Majlis Daerah Tapah, media, blogger, influencer media & key opinion leader bertujuan untuk mempromosikan dengan lebih giat lagi produk dan destinasi menarik di daerah Batang Padang. Antara destinasi yang dikunjungi adalah Air Terjun Lata Iskandar, Hutan Lipur Kuala Woh, Mee Rebus Tapah, Tapah Street Arts Mural, Jus Belimbing Haji Mansor Batu Mesjid Temoh, Taman Tasek Temoh dan Port Glamping Kebun Kita Sungkai.
Kemaskini Terakhir: Jumaat, 12 Ogos 2022 - 4:38pm