MENU

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan bagi Majlis Daerah Tapah adalah seperti berikut :-

  1. Melaksanakan pungutan sampah domestik 2(dua) hari sekali dan pungutan sampah di Bandar/pekan setiap hari
  2. Melaksanakan aktiviti pemotongan rumput disetiap taman-taman awam sebulan sekali.
  3. Memberikan kelulusan permohonan seperti berikut :
  • Permohonan serentak kebenaran merancang, perihal tanah, pelan kejuruteraan dan pelan bangunan dalam tempoh 111 hari bagi kawasan ada rancangan tempatan dan 139 hari bagi kawasan tiada rancangan tempatan.
  • Kebenaran merangcang dalam tempoh 57 hari bagi kawasan ada rancangan tempatan dan 108 hari bagi kawasan tiada rancangan tempatan.
  • Pelan bangunan dalam tempoh 69 hari bagi kawasan ada rancangan tempatan dan 69 hari bagi kawasan tiada rancangan tempatan.
  • Sijil layak menduduki (CCC) dalam tempoh 14 hari. (Dengan syarat permohonan yang diterima adalah lengkap.

     4. Memberi kebenaran kelulusan lesen premis dalam tempoh 1 hari bagi jenis perniagaan tidak berisiko dan    30 hari bagi perniagaan berisiko.

     5.Mengeluarkan bil cukai taksiran kepada pembayar cukai tidak lewat dari 15 Januari dan 15 Julai setiap tahun.

      6.Menjelaskan semua tuntutan bayaran dalam 14 hari setelah dokumen lengkap diterima.

     7.Memberikan maklumbalas kepada semua aduan awam dalam tempoh 3 hari bekerja kepada pengadu.

 

 

Kemaskini Terakhir: Khamis, 2 November 2017 - 8:27am