Aplikasi Mobile i-Tegur
Aplikasi Mobile i-Tegur merupakan satu inovasi baharu yang dibangunkan oleh KPKT untuk memberi kemudahan kepada orang awam bagi membuat sebarang aduan kepada Majlis Daerah Tapah melalui mobile.
Objektif Aplikasi Mobile i-Tegur
- Menjalin hubungan akrab PBT dan rakyat melalui penyediaan saluran aduan yang mesra pengguna dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat; dan
- Pemantauan dan pengurusan aduan lebih berkesan kepada pengurusan atasan PBT dan KPKT melalui satu sumber sistem yang sama dan mudah dicapai.
Fungsi Aplikasi Mobile i-Tegur
- Membenarkan penghantaran aduan bergambar beserta lokasi secaraMobile;
- Memberi maklumbalas kepada pengadu dengan lebih responsif; dan
- Memantau statistik aduan oleh PBT atau JKT melalui dashboard yang disediakan dengan lebih efisien.
Muat Turun Melalui Play Store (Android)
Muat Turun Melalui App Store (iOS)