Jurnal kandungan
Jurnal kandungan
Jurnal kandungan
Kalendar
Polls Display
Kementerian Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat telah berjaya melatih dan memajukan sejumlah 2,000 orang usahawan wanita sekali gus mencapai sasaran 2010. Adakah pencapaian ini memberangsangkan?
Jumlah Undian: 27
Prayer Times
Jum, 18 Mei 12
Perak - Tapah,Slim River dan Tanjung Malim
| Subuh |
5:40 AM |
| Syuruk |
7:02 AM |
| Zohor |
1:12 PM |
| Asar |
4:35 PM |
| Maghrib |
7:22 PM |
| Isyak |
8:35 PM |
|
Demografi PETUNJUK YANG DIGUNAKAN Tahap kemampatan bagi sektor Demografi diukur dengan menggunakan empat ( 4 ) petunjuk bandar dengan sasaran piawaian seperti di jadual 1. Jadual 1: Petunjuk, Sasaran Piawaian Dan Pencapaian Bagi Sektor Demografi Petunjuk | Sasaran Piawaian | Pencapaian 2008 | | Hasil | Skor | % Skor | | P1-1.kadar perbandaran | 30% - 60% | 67.82 | 1 | 8.3 | | P1-2.kepadatan penduduk | < 75 orang sehektar | 19.49 | 3 | 25.00 | | P1-3.kadar pertumbuhan purata tahunan penduduk | 1.5% - 25% | 24.45 | 1 | 8.3 | | P1-5.purata saiz isi rumah | < 4.5 | 4.99 | 2 | 16.7 | | Jumlah Keseluruhan | 7 | 58.33 | HASIL PETUNJUK DAN KEMAMPATAN Secara keseluruhannya Jadual 1 di atas menunjukkan Sektor Demografi bagi Tapah dan Kawasan Gabungannya adalah Sederhana Mampan dengan skor 58.33%. Pada tahun 2008, Tapah dan Kawasan Gabungannya mempunyai jumlah penduduk seramai 86,991 orang, manakala jumlah penduduk bandar ialah seramai 21, 653 orang. Dengan itu, kadar perbandaran adalah 8.3% dan di tahap kurang mampan Keluasan Tapah dan Kawasan Gabungannya pada tahun 2010 ialah seluas 14,628 hektar. Oleh itu, kepadatan penduduk adalah di sekitar 19.49 orang/hektar yang menggambarkan kepadatan yang rendah iaitu mampan. Jumlah penduduk pada tahun 2007 bagi Tapah dan Kawasan Gabungannya ialah seramai 100, 448 orang dan meningkat kepada 128270 orang pada tahun 2010. Kadar purata pertumbuhan penduduk pada tahun 2007 dan 2010 adalah 24.45% iaitu kurang mampan. Jumlah isi rumah bagi Tapah dan Kawasan Gabungannya pada tahun 2010 ialah 25689 isi rumah. Oleh itu, purata saiz isi rumah ialah 4.99 orang/isi rumah iaitu pada tahap sederhana mampan.
|